Ya Allah :(
Thursday, September 12, 2013 ✿ 10:22 PM ✿ 0 Royal Person (s)
Ya
Allah,
Andai
masanya belum tiba,
Jangan
izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku
memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar
Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah
aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah
aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan
jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, Agar aku dapat menjaga diri.
Ya
Allah,
Jika
aku jatuh cinta,
Izinkanlah
aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah
aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika
dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka
hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya,
cinta yang suci itu tidak buta.
Ya
Allah,
Dan
jika dia mencintai aku,
Biarkanlah
dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan
dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya
cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna
dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya
Allah,
Jika
ini bukan masanya,
Jika
ini belum saatnya,
Dan
jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan
kami,
Jarakkan
kami,
Pisahkan
kami,
Agar
kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar
kami tak mengundang murka-MU,
Agar
kami dapat lebih menjaga hati,
Agar
hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya
Allah,
Andai
dia bukan untuk ku,
Andai
dia bukan jodohku,
Maka
berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah
dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan
yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan
bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar
aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Amiin..